Saturday, December 4, 2010

Kenapa Mesti Berkira?

"Aku Sibuk", "Tak ada masa", "Aku tak ada cuti la", "Aku tak ada duit, baru kerja ni so kena simpan duit sikit gaji lambat", "Ko free ko pegi la yer...?" ...................................................................................

Kat atas tu adalah semua alasan yang aku sering dengar sejak beberapa  bulan berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Pahang ni. Naik meluat dan menyampah pulak nak didengar. Mau jer kalau ikut hati ku "rejam" sampai mati semua yang bagi alasan macam tu.

Sampai satu tahap, keperijahatan aku ni dah tawar dek alasan-alasan "pentingkan" diri ni. Last-last buat "bodo" jer....jangan kalau dah jadi apa apa mula nak menyesal, menangis dan macam macam lagi....masa tu nanti ada pulak yang kena "tempeleng askar" dengan aku......

AKu pelik betul, kenapalah makhluk makhluk Allah ni suka sangat berkira.................tidakkah mereka semua sedar yang suatu mas ananti mereka juga akan jadi sebigini.....siapa tahu kan? Kuasa Alah SWT. Skang ni...semua kena bayar cash.....ko mampu ker?

Wallahualam

-Mb-

Wednesday, December 1, 2010

Mintalah dari Allah

Semua masalah di dunia ini ada jalan penyelesaiannya. Sesungguhnya sesuatu musibah atau masalah itu diturunkan dan diciptakan oleh Allah SWT setanding dengan kemampuan kita sebagai manusia yang lemah. Allah tidaklah kejam dan tidaklah tidak bertimbang rasa. Allah adalah Yang Maha pengasih dan Maha Penyayang. Sesuatu masalah atau musibah itu diciptakan oleh Allah semuanya bersebab. Sebab yang paling utama ialah kerana Allah hendak menguji sejauh mana rasa kasih dan cinta kita kepadaNya.

Masa study di KUSZA dahulu, Ustaz selalu cakap, "Orang yang diuji itu adalah orang yang terpilih dan dikasihi Allah. Sebaliknya orang yang tidak pernah diuji itu sewajarnya berasa khuatir dan risau akan kasih sayang dari Allah". Bila difikirkan kembali, memang logik. Macam kita semua jugak, kalau nak tahu yang seseorang tu betul betul tak menyayangi atau menyintai kita, sure kita akan ujia macam macam. Kalau orang tu tahan dengan ujian dan membuktikan yang dia masih setia meskipun diuji dengan pelbagai kesukaran, maka orang itu memang sayang dan cinta kita.

Bila kita semua diuji oleh Allah, sememangnya kita akan tertekan. Tapi, percayalah, ALlah takkan menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak hadapi. Dan, penyelesaian kepada masalah itu bukanlah melalui pertolongan sesama manusia, tetapi hanya Allah sahaja yang memiliki penyelesaian dan penawar kepada musibah dan duka yang sedang kita tanggung. Justeru, mintalah dan mohonlah dari Allah.....InsyaALlah dengan zat Maha Pengasih dan Penyayang, Allah akan membantu kita dalam menyelesaikan semua musibah itu.

Sabar adalah kunci utama. Selain yakin kepada Allah dan banyakkan bertawakkal. Hikmah orang yang bersabar sangat besar.  Wallahua'lam.

-Aku sayang padamu, tapi aku hanya mampu menyayangi dan tak mampu memiliki. Moga kau milikku di syurga nanti. Amin Ya Rabb-

Thursday, November 25, 2010

Tugasan Hujung Minggu Bermula Lagi.

Jumaat: seperti biasa rutin mingguan, sebentar lagi akan berputarlah roda keretaku ke Temerloh. Shift menjaga ayah dan menjadi staff nurse akan bermula malam ini tepat jam 7.00 malam. Moga segalanya akan dipermudahkan Allah dan semoga ayah semakin sihat dan dipanjangkan umur agar dapat terus beribadat kepada Allah SWT.



Inilah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh yang menempatkan sekujur badan ayah yang kini terlantar di Wad Kenanga 14 Wad Rawatan Harian  bersama-sama ramai lagi pesakit yang sedang bertarung
nyawa.



Moga ALlah memanjangkan umur ayah dan boleh terus beribadat kepadaNya dan moga juga Allah melanjutkan usia semua pesakit di sini supaya mereka semua boleh beribaday kepada ALlah dan agar anak anak mereka semua boleh terus berbakti kepada ibubapa mereka. Aminn Ya Rabb.

Monday, November 22, 2010

Risau

Hari ni first time aku mula berblog kembali. Semuanya kerana risau dan tak tahu macammana nak luahkan kerisauan aku. Last -last, terfikir nak menulis blog. Kalau tak ada siapa nak baca, biarlah aku yang baca sendiri buat kenang-kenangan. Risau sungguh bila balik Kuala Lumpur semalam. Sepanjang jalan dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh hingga sampai rumah di Kuala Lumpur, hati rasa resah sangat. Teringat kat ayah yang sedang terlantar kat  Hospital Temerloh. Dah 2 minggu aku tak balik KL dan dalam tempoh 2 minggu tu jugak setiap malam aku berada di sisi ayah setiap malam. Tak tidur tak apa asalkan aku dapat lihat ayah. Kena pastikan tak ada apa apa yang terjadi kat ayah. Nak tidur pun rasa risau, asyik terjaga. Bila terjaga je, terus tengok ayah.

Bila diimbas kembali kenapa ayah terlantar di Wad Kenanga 14 (Wad Rawatan Harian) untuk pesakit-pesakit yang dipindahkan dari ICU, terfikir yang semuanya ini sudah dirancang oleh Allah SWT. Semuanya bermula sekitar 4 November 2010. Ayah mengadu sakit pinggang, dan dimasukkan di Hospital Raub. Alhamdulillah, Dr kata ayah tak apa apa, cuma ada tulang pinggang yang dah "terkehel" sedikit lantaran usia yang semakin meningkat. Dr kata sendi di antara tulang ayah dah tak ada "ligamen". Sebab tu senang "terkehel". Semuanya ok. Aku pulak tak balik Raub nak menjenguk. Semuanya sebab nak habiskan urusan kuliah dan projek-projek pelajar yang akan berjalan sepanjang November 2010 ni. Rasa menyesal pun ada.

Tiba-tiba, hari Jumaat (Hari deepavali) 5 November, kakak aku telefon menangis nangis masa aku tengah nak masukkan barang barang dalam kereta nak balik Raub. Kakak kata, " baliklah cepat, bak tengah nazak". Rasa macam nak pengsan, Blur punya pasal, sampaikan sampah yang aku bawak turun dari rumah semuanya aku masukkan dalam bonet kereta. Terus aku drive laju laju balik Raub dan singgah Hospital Raub. Bila dah sampai Hospital Raub, aku tengok dah ramai adik beradik ada kat sana. Ntah kenapa, aku tenang jer....tapi bila masuk dan tengok muka mak....dah tak tahan air mata ni. tetiba keluar. masa tu dah tak kira siapa pun kat sekeliling.


Lagi berdebar debar bila dengar bunyi mesin oksigen berdetik. Ya Allah, aku tak sanggup nak hadapi semua ini, Tak ready langsung. Bila sampai kat katil ayah, aku tak tahu nak cakap apa lagi. terus cium tangan ayah dan usap kepala ayah. Dah macam macam wire ada kat badan ayah. Siap ada tiub besar pernafasan masuk dalam paru paru dari mulut ayah. Sedih sangat. Memang sangat sangat sedih masa tu.





Dr kata, nak pindahkan ayah ke Hospital temerloh sebab, kat sana ada banyak pakar dan ayah akan menerima rawatan yang lebih baik di sana. Tak kisahlah nak hantar mana-mana pun asalkan ayah selamat dan dipanjangkan umur. Hampir setengah jam, kami tunggu ambulan datang dan dalam tempoh itu aku hanya mampu merenung wajah uzur ayah. Rasanya baru jer aku telefon dan bercakap dengan ayah. gelak-gelak pasal nak pasang pagar sekeliling belakang rumah. Sempat jugak ayah tanya pasal "Black", "Kakak" dan "Adik". Mak bagitahu, ayah sekarang dah jadi member kamcing "Abang". Semuanya adalah kucing-kucing kesayangan aku. Abang sengaja aku tinggalkan kat kampung nak jadi pemakan tikus rumah. Sepanjang kat kampung, ayah semakin suka kat abang dan abang semakin manja dengan ayah. Tapi semuanya tu hanya kenangan. sekarang ayah dah terlantar di katil Hospital.