Hari ni first time aku mula berblog kembali. Semuanya kerana risau dan tak tahu macammana nak luahkan kerisauan aku. Last -last, terfikir nak menulis blog. Kalau tak ada siapa nak baca, biarlah aku yang baca sendiri buat kenang-kenangan. Risau sungguh bila balik Kuala Lumpur semalam. Sepanjang jalan dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh hingga sampai rumah di Kuala Lumpur, hati rasa resah sangat. Teringat kat ayah yang sedang terlantar kat Hospital Temerloh. Dah 2 minggu aku tak balik KL dan dalam tempoh 2 minggu tu jugak setiap malam aku berada di sisi ayah setiap malam. Tak tidur tak apa asalkan aku dapat lihat ayah. Kena pastikan tak ada apa apa yang terjadi kat ayah. Nak tidur pun rasa risau, asyik terjaga. Bila terjaga je, terus tengok ayah.
Bila diimbas kembali kenapa ayah terlantar di Wad Kenanga 14 (Wad Rawatan Harian) untuk pesakit-pesakit yang dipindahkan dari ICU, terfikir yang semuanya ini sudah dirancang oleh Allah SWT. Semuanya bermula sekitar 4 November 2010. Ayah mengadu sakit pinggang, dan dimasukkan di Hospital Raub. Alhamdulillah, Dr kata ayah tak apa apa, cuma ada tulang pinggang yang dah "terkehel" sedikit lantaran usia yang semakin meningkat. Dr kata sendi di antara tulang ayah dah tak ada "ligamen". Sebab tu senang "terkehel". Semuanya ok. Aku pulak tak balik Raub nak menjenguk. Semuanya sebab nak habiskan urusan kuliah dan projek-projek pelajar yang akan berjalan sepanjang November 2010 ni. Rasa menyesal pun ada.
Tiba-tiba, hari Jumaat (Hari deepavali) 5 November, kakak aku telefon menangis nangis masa aku tengah nak masukkan barang barang dalam kereta nak balik Raub. Kakak kata, " baliklah cepat, bak tengah nazak". Rasa macam nak pengsan, Blur punya pasal, sampaikan sampah yang aku bawak turun dari rumah semuanya aku masukkan dalam bonet kereta. Terus aku drive laju laju balik Raub dan singgah Hospital Raub. Bila dah sampai Hospital Raub, aku tengok dah ramai adik beradik ada kat sana. Ntah kenapa, aku tenang jer....tapi bila masuk dan tengok muka mak....dah tak tahan air mata ni. tetiba keluar. masa tu dah tak kira siapa pun kat sekeliling.

Lagi berdebar debar bila dengar bunyi mesin oksigen berdetik. Ya Allah, aku tak sanggup nak hadapi semua ini, Tak ready langsung. Bila sampai kat katil ayah, aku tak tahu nak cakap apa lagi. terus cium tangan ayah dan usap kepala ayah. Dah macam macam wire ada kat badan ayah. Siap ada tiub besar pernafasan masuk dalam paru paru dari mulut ayah. Sedih sangat. Memang sangat sangat sedih masa tu.



Dr kata, nak pindahkan ayah ke Hospital temerloh sebab, kat sana ada banyak pakar dan ayah akan menerima rawatan yang lebih baik di sana. Tak kisahlah nak hantar mana-mana pun asalkan ayah selamat dan dipanjangkan umur. Hampir setengah jam, kami tunggu ambulan datang dan dalam tempoh itu aku hanya mampu merenung wajah uzur ayah. Rasanya baru jer aku telefon dan bercakap dengan ayah. gelak-gelak pasal nak pasang pagar sekeliling belakang rumah. Sempat jugak ayah tanya pasal "Black", "Kakak" dan "Adik". Mak bagitahu, ayah sekarang dah jadi member kamcing "Abang". Semuanya adalah kucing-kucing kesayangan aku. Abang sengaja aku tinggalkan kat kampung nak jadi pemakan tikus rumah. Sepanjang kat kampung, ayah semakin suka kat abang dan abang semakin manja dengan ayah. Tapi semuanya tu hanya kenangan. sekarang ayah dah terlantar di katil Hospital.